Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaaan Kampong Tua yang terawal telah didirikan pada tahun 1915, oleh penduduk kampung yang secara bergotong-royong yang diketui oleh Ketua Kampung, Allahyarham Encik Saidin serta pembantu beliau Encik Kusin dan Guru Besar pertama iaitu Encik Ahmad

Bangunan awal sekolah ini hanyalah berbumbungkan dan berdindingkan atap rumbia serta berlantaikan tanah. Keadaan ini berlarutan hingga tahun 1938 bilamana kerajaan membeli sebidang tanah seluas 3E 3R 35P diatas tapak inilah didirikan satu unit bangunan sekolah (PWD 540) dan tiga unit rumah guru (PWD 541, 542 dan 543). Berikutan pertambahan murid satu unit lagi bangunan dua bilik (JKR 945) telah ditambah pada tahun 1970

Arus perkembangan pendidikan semakin pesat di mana keselesaan dan kecanggihan diperlukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jesteru itu sebuah bangunan sekolah dua tingkat yang baru dan lengkap telah didirikan pula pada tahun 1982. Ia dilengkap dengan enam bilik darjah, satu pusat sumber, satu bilik guru, satu ruang pejabat dan bilik guru besar, dua setor dua bahagian kantin. Ia telah menelan belanja kira-kira 720,000.00. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Bin Ngah Talib ppada 18hb November 1986 Bersamaan 16 Rabiulawwal 1407H

Tahun demi tahun berlalu semalin banyak kemudahan dan kelengkapan baik untuk pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran serta pembangunan fizikal telah dibekalkan. Antaranya ialah televisyen, buku-buku untuk perpustakaan, mesin cetak dan lain-lain lagi. Hasil perkembangan ini Sekolah Kebangsaan Kampong Tua terus memperlihatkan kemajuan prestasi dalam pelbagai bidang, khususnya bidang akademik di mana ia meruoakan sekolah terbaik di dalam peperiksaan UPSR setiap tahun. Hasil daripada itu ramai di kalangan murid sekolah ini melanjutkan pengajian mereka ke asrama penuh dan institusi pengajian tinggi serta berjawatan tinggi di agensi kerajaan dan swasta

 PENGASAS SEKOLAH

Pengasas Sekolah Kebangsaan Kampong Tua ialah Ketua Kampung, Kampong Tua sendiri iaitu Allahyarham Encik Saidin dan orang kanan beliau iaitu Encik Kusin. Mereka merupakan di antara peneroka awal kampong ini Oleh kerana kepimpinan mereka yang cemerlang, mereka telah menjadi orang yang paling berpengaruh dan di hormatti oleh anak buah serta pentadbir daerah. Oleh yang demikian, pengembelingan tenaga dan usaha daripada penduduk kampong serta pentadbir daerah telah Berjaya mendirikan sekolah ini pada tahun 1951. Terima kasih di atas jasa mereka dan semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal serta menempatkan mereka di tempat orang-orang yang terpilih. Amin

SEJARAH GURU BESAR

En Ahmad
1915-1918

En Kasa B. Lanang
1919-1927

En. Tak
1927-1937

En. Sabron B. Said
1938-1946

En. Ghani B. Maarof
1947-1959

En. Saud B. Mat Isa
1960-1969

En. Ariffin B. Mahmud
1970-1979

En. Zakaria B. Yusof
1980-15.02.1985

En. Mohd Sidek B. Hj Awang
16.02.1985- 15.11.1987

En. Zakaria B. Mahamud
16.11.1987-30.06.1993

En. Mohd Rejab B. Awang Long
01.07.1993-31.03.1997

En. Mat Desa B. Hashim
01.04.1997

Hj. Jamhari B. Mohamed
13.04.2001-17.10.2002

Hj. Abdul Manaf B. Saad
28.10.2002-14.08.2007

Pn.Noraini B. Ibrahim
16.08.2007-01.04.2008

Pn. Hjh Azizah Bt. Johor
09.04.2008-16.06.2009

Pn. Hjh Noraishah Bt Yunan
16.10.2009- Sekarang