Selasa, Jun 22, 2010

Pelancaran Minggu Anti Dadah

Pada hari Isnin 21 Jun 2010, SK Kampong Tua telah melancarkan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Tua. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Noraishah Bt Yunan selaku guru besar dan juga penaung program minggu anti dadah.

Majlis dimulakan dengan perasmian Minggu Anti Dadah ketika perhimpunan rasmi sekolah, kemudian diikuti dengan ceramah "Cuma Lima Minit".

Pelbagai acara dan program telah dirancang dan dilaksanakan antaranya ialah;
Cuma Lima Minit, Pertandingan Mewarna Pra dan Tahap 1, Pertandingan Melukis Poster Tahap 2, Senamrobik, Pameran dan Ceramah Anti Dadah oleh Pihak AADK, Pertandingan Mendeklamasi Sajak Tahap 1 dan Pertandingan Nasyid Tahap 2

Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah yang dipengerusikan oleh Cikgu Jaafar Saad

Acara memotong riben Oleh Pn. Guru Besar

Banner Anti Dadah di pamerkan



Kumpulan Nasyid Tahun 4 Menjadi Juara bagi Pertandingan Nasyid Anti Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Tua 2010

Sebahagian dari Papan Pameran Minggu Anti Dadah

Masih sempat berposing ketika sesi pameran berlangsung

Acara disukai ramai; Senamrobik "Chicken Dance"

Ceramah yang disampaikan oleh Pegawai AADK yang dijemput khas
Majlis Penyampaian hadiah kepada para pemenang


Semoga dengan terlaksananya Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Tua ini akan terus mengekalkan status SK Kampong Tua sebagai Sekolah Bebas Dadah


Montaj Anti Dadah SK Kampong Tua

0 comments:

Catat Ulasan