Khamis, Mei 20, 2010

Sambutan Hari Guru


Pada 17 Mei 2010, Sekolah Kebangsaan Kampong Tua telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan tersebut dimeriahkan dengan pelbagai acara dan aktiviti antaranya; Pertandingan bola sepak guru vs. murid, pertandingan congkak, pemilihan anugerah khas, pertukaran hadiah dan sebagainya.



Sambutan tersebut diserikan lagi dengan bacaan sajak oleh Pn. Penolong Kanan I, Pn. Zahariah Bt. Jalaludin. Secara keseluruhan, sambutan hari guru peringkat sekolah dilaksanakan dengan sangat meriah. Kami warga pengurusan blog mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru di seluruh dunia.

0 comments:

Catat Ulasan